Monday, 1 January 2018

PERCUTIAN MAK MAK SANGAT KE THAILAND

 Ni aku ambik terus dari facebook aku.Tak kuasa nak buat versi baru

#KaranganBahasaMelayuKertas1
#carabawakeretakethailand

Aku jarang nak berkongsi cerita kat facebook ni.Biasanya mak mak macam aku asyik-asyik letak gambaq anak,gambaq sendiri,gambaq kucing sampai hampa dah meloya tekak.So harini aku nak kongsi ngan hampa cara-cara nak pi Thailand dengan membawa kereta.(Lebih menguntungkan untuk mak mak ada anak kecik).Kot la ada member2 yang nak pi lepas ni kannn.

For your information(mungkin ni aja english yang aku guna) cuti tahunan aku masih bersisa 9 hari. Makanya aku ambik 3 hari cuti (20-22 dis)untuk balik ke kedah sebab nak ziarah adik aku kengkononnya.Takkan nak ziarah sampai tiga hari maka aku plan nak jenjalan.Nak pi langkawi dah berpuluh kali pi(sembang deraih).Lepas aku gunakan masa kerja setengah hari bergoogle disulami kerja di office(nanti aku ganti balik masa tu) aku putuskan untuk ke Thailand dengan kereta.Sangat mudah.Ni langkah2 nya:

1. Hampa bawak kereta sampai pekan Changlun Kedah.Dekat situ ada beberapa kedai insuran untuk ke Thailand.Hampa boleh singgah dan tanya.Kalau terlebih rajin boleh masuk satu satu kedai kot kot nak banding harga(tak kuasa aku)

2. Nak buat apa kat kedai tu? ok hampa kena beli insuran kereta,beli white card siap2 dan beli TM form(white card tu rm2 seorang, TM form RM10).Semua depa siap isi.Hampa tinggal bayaq ja.(Total aku bayar RM45 lepas diskaun).Aku pi buat semua tu malam(gigih tak sangga).Pastu hampa pi cari hotel budget.,tidoq semalam.Aku dok kat RG Motel RM100 untuk dua katil double satu tilam tambahan.(6 orang).Ni untuk orang yang tak berapa nak have have sangat

Ni la RG Motel tu :)
3. Esok pagi lepas subuh(tu pon kalau tak uzur)..hampa terus bawa kereta pi Bukit Kayu Hitam. First hampa kena hadap imigresen malaysia .Sua pasport aja macam bayaq tol.Cop cop jalan daaa



4. Second hampa akan hadap imigresen Thailand.Tak payah turun kereta macam dedulu.Dah macam mcd sekarang ada drive thru.Hampa turun bila dah betul2 sampai depan kaunter.Time ni White Card tu selit dalam setiap pasport(satu dia akan pulang balik jangan hilangkan, balik malaysia nanti kena serah kat imegresenThailand). Serah TM form tu(TM form tu ada dua..hampa bagi aja dua2 pandai2 dia la nak ambik yang mana.Satu dia akan bagi kat hampa balik.Pastu kat imegresen Thailand ni dia akan minta duit ikut jumlah penumpang.sorang 10 Bath.Aku taktau la ni memang wajib atau duit kopi.aku tak paham dia cakap siam.Aku tak tukaq duit lagi..so aku bagi aja RM6.


5. Ok lepas habis cop cop bagai..dah lepas..hampa parking kereta.Driver turun pergi dekat kastam bawak geran kereta dengan pasport(driver owner kereta).Dia akan bagi satu dokumen(sebenarnya aku tak kelebek pon apa dokumen dia bagi)yang kita kena simpan dan bagi balik kat kaunter kastam time balik malaysia.

6. Ok dah boleh jalan jalan di Thailand dengan jayanya.Macam biasa minyak boh penuh kat Malaysia.Lupa nak habag time hampa dok berjanggut tunggu nak hadap imegresen Thailand tu akan ada adik manis juai simkad.Hampa beli siap2 simkad tu RM20 untuk internet unlimited.Senang nak guna waze.Aku takat pi Hatyai ngan Songkla jepon.Nak lajak pi Krabi tak sempat.Takpa next time.

7. Kalau takat Hatyai ngan Songkhla hampa cakap aja bahasa melayu.Aku English SPM C5.Tapi aku rasa macam tera nak mampos dah kat situ.Aku tanya tempat parking hotel ja pon berejam nak setel(saja bagi sedap cerita).So jangan risau.Cakap aja bahasa kita kadang depa paham aja.Mungkin kat Thailand blah blah atas sikit pandai cakap omputih

8. Time balik malaysia jangan lupa.White card,TM form dan satu dokumen kereta yang aku tak kelebek tu kena pastikan hampa serah dekat imigresen dan kastam thailand.

9. Time balik last tempat cek adalah kastam malaysia.Kalau dia tengok kereta pon dah penuh orang..nak boh barang celah mana kan..dia tak cek sangat..dia akan tanya aja beli apa.Pastu hampa boleh jawap " Apa ang sibuk aku nak beli apa?"(ehhh ini jangan.. jangan😋)

Ok ini sahaja karangan cuti sekolah saya.









No comments:

Post a Comment