Friday, 8 May 2015

Rumahku Nerakaku


Salam GST dari ahmad maslan..takpa biar abang maslan gumbira kita menderita(tetiba)..hari ni tertiba aku terasa nak cerita pasal kebersihan rumah..entahla apa penyakit aku ngan laki aku sekarang ni memang tak boleh tengok rumah bersepah..aku ok lagi..belum kritikal.laki aku sampai satu tahap nak betulkan frame senget kat rumah orang haaa boleh? So harini aku nak berkongsi perkara-perkara yang tak patut buat dalam rumah untuk make sure rumah hangpa bersih..biar tak mewah takpa asal bersih dan kemas.:)
1. Gantung baju merata-rata
Aku letak perkara ni yang no 1. Sebab aku memang pantang tengok baju bergantung di tempat yang tak sepatutnya. Contoh gangtung dekat langsir..kalau boleh sepanjang-panjang langsir tu hangpa nak gantung baju..dah sampai tahap baju tu jadi langsir rumah..gila. Mana nampak paku aja nak gantung tuala la, jeans la, sepentot la.Solution dia angpa cari aja pelbagai jenis penyangkut..kat kedai rm2 ngan DIY pon ada..tetapkan satu sudut aja untuk gantung baju..jangan banyak sangat.

Kalau dapat gantung macam ni kan cantik mata memandang
2. Baju tak berlipat
Ini aku pon malas tapi aku gagahkan diri buat. Jangan tanamkan ayat-ayat ni dalam kepala hangpa" ala esok nak pakai lagi takyah lipat la" haaaaaaaa sampai kesudahla hangpa tak lipat baju kalau pikiaq cenggitu..Senang aja..angkat terus lipat..nak best lagi bawak baju longgok depan tv haaa lipat reramai..takpon kalau malas jugak hangpa upah la indon lipat baju hangpa..jangan tak berlipat sudah :)

Satu lagi jangan sesekali sediakan raga camni haaa untuk letak baju yang dah bersih..kalau tak memang sah la hangpa takkan lipat baju baju tu.. percaya cakap aku hangpa takkan lipat punya..so buang aja raga tu :)

3. Bilik air berlumut
Ni satu lagi masalah. Kenapa la ada manusia yang boleh tengok lantai bilik air yang dah tak roper lantai dan lubang jamban yang dah berkerak ..sampai nak berak pon tak gamak...ta*&% masuk balik :P Bukan susah pon time mandi tu cuci sekali..orang kata kalau nak tau orang tu bersih ke idok tengok pada tandasnya...aku selalu guna pencuci tandas cosway..sangat berkesan..kalau malas jugak cam biasa panggil upah cleaner..Nak terapkan semangat cuci bilik air senang aja..hangpa cuba makan nasik (nasik tu letak kicap sikit) mengadap bilik air..tenung lubang jamban tu jangan kejip mata..nescaya saka cuci toilet akan merasuki hangpa.

4. Pinggan menimbun 
Pernah sekali aku pergi kursus personaliti apatah aku tak ingat ada sorang pakcik ni dia cakap dia tak boleh tengok ada pinggan kotor dalam sinki.Boleh jadi gaduh laki bini katanya.Dan katanya lagi sebab nak mengelakkan benda alah tu dari berlaku diaorang makan kat luar.So sinki tak kotor dengan pinggan tak berbasuh.Tak cuci pinggan lepas makan ni adalah benda yang selalu berlaku dalam famili. Kenapa jadi? sebab didikan kita terhadap anak-anak dari kecil.Bila anak kita dah sampai nak guna sinki(buka pili air dan basuh tangan) wajib suruh dia basuh pinggannya sendiri lepas makan WAJIB..kalau taknak hangpa tunggu depan sinki tu sampai dia basuh..kalau tak buat macam tu memang sampai ke tua la tugas hangpa dok basuh pinggan anak-anak..aishh aku tak boleh terima benda ni..bukan susah mana pon basuh pinggan sendiri.Pada aku orang yang makan dan tinggalkan pinggan tak berbasuh adalah manusia yang sangat pemalas.Mari kita ringankan beban ibu kita :)
 5. Letak aneka benda atas tilam
Ada satu tabiaat dikalangan kita suka letak macam-macam benda atas katil terutamanya baju yang dah basuh. Kadang-kadang atas katil tu sampai tak ada ruang nak baring. Penuh dengan baju, mainan, kadang bekas makanan pon ada. ish ish ishhhhhh
Gambar sumber internet.Ini belum teruk lagi ni :)
Itu antara perkara yang perlu kita elakkan untuk pastikan rumah kita tak jadi rumahku nerakaku. Moh la kita sama-sama jaga rumah kita dan didik anak-anak kita agar pentingkan kebersihan dan kekemasan. Ingat biar tak mewah tapi bersih dan kemas. Hendak Seribu Daya..Malas Sejuta Dalih. :)

No comments:

Post a Comment