Sunday, 26 July 2015

Raya Dolu Dolu



Selamat hari raya aidilfitri. Pejam celik pejam celik dah seminggu kita raya. tetiba teringat time kecik kecik dulu.Raya ni satu kegembiraan dan azab jugak pada aku. Beberapa benda yang aku buat dedulu dah tak buat lagi oleh bebudak sekarang :


Salin rancangan raya best-best dalam kertas
Dulu kalau nak dekat raya aja, ada satu kertas ngan pen aku dah ready dekat tv. So kalau ada rancangan raya best yang aku nak tengok aku akan salin tarikh masa dan tv berapa. Yela dulu mana la ada astro bagai yang akan ulang cerita 40 60 kali. Nak tengok intisari rancangan dalam surat khabaq pon, surat khabaq pon tak beli camna. Lani ni tak payah salin google je rancangan tu ada la kat youtube atau mana mana. Senang sesangat J

Beraya beramai-ramai
Sebelum raya aku dah plan ngan kengkawan kampung nak beraya sekali. Bukan main excited aku ngan kengkawan.Bersiap bukan main. Boh la mulut merah sikit. Bedak secalit dua.Dengan handbag labuh, ada yang bulu bulu.Time ni beg frozen takdak lagi naaaa.Lepas sembayang raya aja(aku tak sembahyang pon) semua dah berkumpul. Pastu bergerak la setiap rumah kat kampung-kampung nun.. biasanya penduduk kampung tu semua sedara mara aja..tak kira la dekat  ka bau bau bangla ka. So bila raya ada ada la sesi temuduga anak sapa dok tang mana, cucu sapa semua la. Lepas jamah jamah sikit (ayaq ribena takdak ekk) baru bersalam dapat duit  raya. Kalau dapat 2 kupang tu standard dah tu.. kalau dapat 5 kupang tu kami akan aim rumah tu untuk raya tahun depan. 5 kupang tu dah cukup banyak dah pada aku. Cuba la sekarang hangpa bagi kat bebudak 2 kupang  mau kena ngumpat ngan bebudak tu. Assalamualaikum…kami datang nak beraya…sekarang punya ayat..Assalamualaikum..kami datang nak duit raya!!!!! :P

Wajib kasut serelom
Dulu time kecik-kecik kasut raya wajib beli kasut serelom..ala kasut tutup penuh macam cikgu-cikgu tu..kalau dapat yang berkilat lagi cantik dapat tayang kat kengkawan time raya. Kalau boleh nak riben yang gedabak besaq kat depan kasut tu agar kelihatan lebih riak.Kasut nampak jari kaki tak main ekkk..reject takamau takmau tok cek nak kasut serelom jugak. Dan peel ni terbawak-bawak sampai keanak aku.Anak aku punya taste tah apa apa nak kasut nampak jari kaki..oh no no no..ambik kasut serelom ok… tapi harga bawah rm20 (mesti hangpa ingat takdak kan harga tu..ada aja..pi cari kedai kasut biasa..kalau cari kat sogo ka jusco ka memang tak dapat la.. harga dah sama naik ngan kasut maknya) :}

Related image
Ini bukan kasut aku..tak mampu aku nak beli macam ni dulu-dulu

Jadi bibik
Time raya part ni paling aku  tak suka. Kecik kecik dulu aku dok ngan tok aku kat kampung. So time raya aku la akan jadi bibik buat ayag, potong ketupat, hidang kuih , basuh pinggan dan sebagainya. Hangpa taula kat kampung tu pakcik makcik yang bertandang kat rumah beraya mana mau minum ayag sejuk atau ayag gas..mai beraya pulak kalau boleh satu bas nak diangkut :P so tiap kali ada org mai beraya aja aku kena la jadi cam mamak bancuh ayag kopi ka ayag teh panas ka kat depa.Kalau la depa minum ayag ais senang la..aku main tuang aja la dalam jug. Time akak aku ada ok la dia boleh tolong aku. Pastu akak aku dah habis spm pastu kerja kat Keyyy Ellll.Cer bayangkan time aku anak dara pingitan..kalau mak mak sedara pi beraya dan aku seorang diri kat rumah..tak ke tak cukup tangan kaki nak melayan. Patutla chef wan hangin satu badan pasal family dia yang pemalas ek…aku paham perasaan chef wan dan sokong 100%.

Pembantu Chef di dapur
Sehari sebelum raya aku dah terbiasa ngan tugas tugas yang telah chef(tok aku) berikan kat aku dan akak aku. Aku kupas nyok..akak aku kukoq nyok. Kukoq bukan pakai mesin karan tu ek..pakai  pengukoq yang macam kuda tu hokay..Hebat tak hebat tak. Padahal boleh aja beli santan yang dah siap kat kedai. Tapi sebab atuk aku nak sep(walaupon takde GST) terpaksala aku pi kutip nyok, kupas, kukoq pastu perah pulak. Nak buat semua tu bukan pakai nyok sebijik dua naaa..4 atau 5 biji nyok tu memang tak lari la. Dapat bayang tak kepenatan aku semasa kecik2 di bulan puasa.Pastu potong daging, balut ketupat, tu tak kira lagi kalau tetiba tok aku nak buat kuih siput. Hummangaihhh nak digelentel pulak kuih tu kat kayu kuih siput tu. Tak dikira kalau dia terlebih rajin lagi nak buat buahulu haaaaa bayangkan bayangkan..
Takde le beria macam pakcik ni aku kupas nyok..rilek rilek sudah

Ok kot banyak tu..walaupon banyak lagi..:)

No comments:

Post a Comment