Selamat hari raya aidilfitri.
Pejam celik pejam celik dah seminggu kita raya. tetiba teringat time kecik
kecik dulu.Raya ni satu kegembiraan dan azab jugak pada aku. Beberapa benda
yang aku buat dedulu dah tak buat lagi oleh bebudak sekarang :
Salin rancangan raya best-best dalam kertas
Dulu kalau nak dekat raya aja,
ada satu kertas ngan pen aku dah ready dekat tv. So kalau ada rancangan raya
best yang aku nak tengok aku akan salin tarikh masa dan tv berapa. Yela dulu
mana la ada astro bagai yang akan ulang cerita 40 60 kali. Nak tengok intisari
rancangan dalam surat khabaq pon, surat khabaq pon tak beli camna. Lani ni tak
payah salin google je rancangan tu ada la kat youtube atau mana mana. Senang
sesangat J
Beraya beramai-ramai
Sebelum raya aku dah plan ngan
kengkawan kampung nak beraya sekali. Bukan main excited aku ngan kengkawan.Bersiap
bukan main. Boh la mulut merah sikit. Bedak secalit dua.Dengan handbag labuh,
ada yang bulu bulu.Time ni beg frozen takdak lagi naaaa.Lepas sembayang raya
aja(aku tak sembahyang pon) semua dah berkumpul. Pastu bergerak la setiap rumah
kat kampung-kampung nun.. biasanya penduduk kampung tu semua sedara mara
aja..tak kira la dekat ka bau bau bangla
ka. So bila raya ada ada la sesi temuduga anak sapa dok tang mana, cucu sapa
semua la. Lepas jamah jamah sikit (ayaq ribena takdak ekk) baru bersalam dapat
duit raya. Kalau dapat 2 kupang tu
standard dah tu.. kalau dapat 5 kupang tu kami akan aim rumah tu untuk raya
tahun depan. 5 kupang tu dah cukup banyak dah pada aku. Cuba la sekarang hangpa
bagi kat bebudak 2 kupang mau kena
ngumpat ngan bebudak tu. Assalamualaikum…kami datang nak beraya…sekarang punya
ayat..Assalamualaikum..kami datang nak duit raya!!!!! :P
Wajib kasut serelom
Dulu time kecik-kecik kasut raya
wajib beli kasut serelom..ala kasut tutup penuh macam cikgu-cikgu tu..kalau
dapat yang berkilat lagi cantik dapat tayang kat kengkawan time raya. Kalau
boleh nak riben yang gedabak besaq kat depan kasut tu agar kelihatan lebih
riak.Kasut nampak jari kaki tak main ekkk..reject takamau takmau tok cek nak
kasut serelom jugak. Dan peel ni terbawak-bawak sampai keanak aku.Anak aku
punya taste tah apa apa nak kasut nampak jari kaki..oh no no no..ambik kasut
serelom ok… tapi harga bawah rm20 (mesti hangpa ingat takdak kan harga tu..ada
aja..pi cari kedai kasut biasa..kalau cari kat sogo ka jusco ka memang tak
dapat la.. harga dah sama naik ngan kasut maknya) :}
|
Ini bukan kasut aku..tak mampu aku nak beli macam ni dulu-dulu |
Jadi bibik
Time raya part ni paling aku tak suka. Kecik kecik dulu aku dok ngan tok
aku kat kampung. So time raya aku la akan jadi bibik buat ayag, potong ketupat,
hidang kuih , basuh pinggan dan sebagainya. Hangpa taula kat kampung tu pakcik
makcik yang bertandang kat rumah beraya mana mau minum ayag sejuk atau ayag
gas..mai beraya pulak kalau boleh satu bas nak diangkut :P so tiap kali ada org
mai beraya aja aku kena la jadi cam mamak bancuh ayag kopi ka ayag teh panas ka
kat depa.Kalau la depa minum ayag ais senang la..aku main tuang aja la dalam
jug. Time akak aku ada ok la dia boleh tolong aku. Pastu akak aku dah habis spm
pastu kerja kat Keyyy Ellll.Cer bayangkan time aku anak dara pingitan..kalau
mak mak sedara pi beraya dan aku seorang diri kat rumah..tak ke tak cukup
tangan kaki nak melayan. Patutla chef wan hangin satu badan pasal family dia
yang pemalas ek…aku paham perasaan chef wan dan sokong 100%.
Pembantu Chef di dapur
Sehari sebelum raya aku dah
terbiasa ngan tugas tugas yang telah chef(tok aku) berikan kat aku dan akak
aku. Aku kupas nyok..akak aku kukoq nyok. Kukoq bukan pakai mesin karan tu
ek..pakai pengukoq yang macam kuda tu
hokay..Hebat tak hebat tak. Padahal boleh aja beli santan yang dah siap kat
kedai. Tapi sebab atuk aku nak sep(walaupon takde GST) terpaksala aku pi kutip
nyok, kupas, kukoq pastu perah pulak. Nak buat semua tu bukan pakai nyok
sebijik dua naaa..4 atau 5 biji nyok tu memang tak lari la. Dapat bayang tak
kepenatan aku semasa kecik2 di bulan puasa.Pastu potong daging, balut ketupat,
tu tak kira lagi kalau tetiba tok aku nak buat kuih siput. Hummangaihhh nak
digelentel pulak kuih tu kat kayu kuih siput tu. Tak dikira kalau dia terlebih
rajin lagi nak buat buahulu haaaaa bayangkan bayangkan..
|
Takde le beria macam pakcik ni aku kupas nyok..rilek rilek sudah |
Ok kot banyak tu..walaupon banyak lagi..:)