Sunday, 26 July 2015

Raya Dolu Dolu



Selamat hari raya aidilfitri. Pejam celik pejam celik dah seminggu kita raya. tetiba teringat time kecik kecik dulu.Raya ni satu kegembiraan dan azab jugak pada aku. Beberapa benda yang aku buat dedulu dah tak buat lagi oleh bebudak sekarang :


Salin rancangan raya best-best dalam kertas
Dulu kalau nak dekat raya aja, ada satu kertas ngan pen aku dah ready dekat tv. So kalau ada rancangan raya best yang aku nak tengok aku akan salin tarikh masa dan tv berapa. Yela dulu mana la ada astro bagai yang akan ulang cerita 40 60 kali. Nak tengok intisari rancangan dalam surat khabaq pon, surat khabaq pon tak beli camna. Lani ni tak payah salin google je rancangan tu ada la kat youtube atau mana mana. Senang sesangat J

Beraya beramai-ramai
Sebelum raya aku dah plan ngan kengkawan kampung nak beraya sekali. Bukan main excited aku ngan kengkawan.Bersiap bukan main. Boh la mulut merah sikit. Bedak secalit dua.Dengan handbag labuh, ada yang bulu bulu.Time ni beg frozen takdak lagi naaaa.Lepas sembayang raya aja(aku tak sembahyang pon) semua dah berkumpul. Pastu bergerak la setiap rumah kat kampung-kampung nun.. biasanya penduduk kampung tu semua sedara mara aja..tak kira la dekat  ka bau bau bangla ka. So bila raya ada ada la sesi temuduga anak sapa dok tang mana, cucu sapa semua la. Lepas jamah jamah sikit (ayaq ribena takdak ekk) baru bersalam dapat duit  raya. Kalau dapat 2 kupang tu standard dah tu.. kalau dapat 5 kupang tu kami akan aim rumah tu untuk raya tahun depan. 5 kupang tu dah cukup banyak dah pada aku. Cuba la sekarang hangpa bagi kat bebudak 2 kupang  mau kena ngumpat ngan bebudak tu. Assalamualaikum…kami datang nak beraya…sekarang punya ayat..Assalamualaikum..kami datang nak duit raya!!!!! :P

Wajib kasut serelom
Dulu time kecik-kecik kasut raya wajib beli kasut serelom..ala kasut tutup penuh macam cikgu-cikgu tu..kalau dapat yang berkilat lagi cantik dapat tayang kat kengkawan time raya. Kalau boleh nak riben yang gedabak besaq kat depan kasut tu agar kelihatan lebih riak.Kasut nampak jari kaki tak main ekkk..reject takamau takmau tok cek nak kasut serelom jugak. Dan peel ni terbawak-bawak sampai keanak aku.Anak aku punya taste tah apa apa nak kasut nampak jari kaki..oh no no no..ambik kasut serelom ok… tapi harga bawah rm20 (mesti hangpa ingat takdak kan harga tu..ada aja..pi cari kedai kasut biasa..kalau cari kat sogo ka jusco ka memang tak dapat la.. harga dah sama naik ngan kasut maknya) :}

Related image
Ini bukan kasut aku..tak mampu aku nak beli macam ni dulu-dulu

Jadi bibik
Time raya part ni paling aku  tak suka. Kecik kecik dulu aku dok ngan tok aku kat kampung. So time raya aku la akan jadi bibik buat ayag, potong ketupat, hidang kuih , basuh pinggan dan sebagainya. Hangpa taula kat kampung tu pakcik makcik yang bertandang kat rumah beraya mana mau minum ayag sejuk atau ayag gas..mai beraya pulak kalau boleh satu bas nak diangkut :P so tiap kali ada org mai beraya aja aku kena la jadi cam mamak bancuh ayag kopi ka ayag teh panas ka kat depa.Kalau la depa minum ayag ais senang la..aku main tuang aja la dalam jug. Time akak aku ada ok la dia boleh tolong aku. Pastu akak aku dah habis spm pastu kerja kat Keyyy Ellll.Cer bayangkan time aku anak dara pingitan..kalau mak mak sedara pi beraya dan aku seorang diri kat rumah..tak ke tak cukup tangan kaki nak melayan. Patutla chef wan hangin satu badan pasal family dia yang pemalas ek…aku paham perasaan chef wan dan sokong 100%.

Pembantu Chef di dapur
Sehari sebelum raya aku dah terbiasa ngan tugas tugas yang telah chef(tok aku) berikan kat aku dan akak aku. Aku kupas nyok..akak aku kukoq nyok. Kukoq bukan pakai mesin karan tu ek..pakai  pengukoq yang macam kuda tu hokay..Hebat tak hebat tak. Padahal boleh aja beli santan yang dah siap kat kedai. Tapi sebab atuk aku nak sep(walaupon takde GST) terpaksala aku pi kutip nyok, kupas, kukoq pastu perah pulak. Nak buat semua tu bukan pakai nyok sebijik dua naaa..4 atau 5 biji nyok tu memang tak lari la. Dapat bayang tak kepenatan aku semasa kecik2 di bulan puasa.Pastu potong daging, balut ketupat, tu tak kira lagi kalau tetiba tok aku nak buat kuih siput. Hummangaihhh nak digelentel pulak kuih tu kat kayu kuih siput tu. Tak dikira kalau dia terlebih rajin lagi nak buat buahulu haaaaa bayangkan bayangkan..
Takde le beria macam pakcik ni aku kupas nyok..rilek rilek sudah

Ok kot banyak tu..walaupon banyak lagi..:)

Friday, 8 May 2015

Rumahku Nerakaku


Salam GST dari ahmad maslan..takpa biar abang maslan gumbira kita menderita(tetiba)..hari ni tertiba aku terasa nak cerita pasal kebersihan rumah..entahla apa penyakit aku ngan laki aku sekarang ni memang tak boleh tengok rumah bersepah..aku ok lagi..belum kritikal.laki aku sampai satu tahap nak betulkan frame senget kat rumah orang haaa boleh? So harini aku nak berkongsi perkara-perkara yang tak patut buat dalam rumah untuk make sure rumah hangpa bersih..biar tak mewah takpa asal bersih dan kemas.:)
1. Gantung baju merata-rata
Aku letak perkara ni yang no 1. Sebab aku memang pantang tengok baju bergantung di tempat yang tak sepatutnya. Contoh gangtung dekat langsir..kalau boleh sepanjang-panjang langsir tu hangpa nak gantung baju..dah sampai tahap baju tu jadi langsir rumah..gila. Mana nampak paku aja nak gantung tuala la, jeans la, sepentot la.Solution dia angpa cari aja pelbagai jenis penyangkut..kat kedai rm2 ngan DIY pon ada..tetapkan satu sudut aja untuk gantung baju..jangan banyak sangat.

Thursday, 30 April 2015

Demam Moero Attack

Salam GST dari Ahmad Maslan kepada semua. Hari ni member aku share video Moero Attack kat facebook dia..mula la fikiran aku mula menerawang ke zaman silam..ibarat mesin masa, pantas aja otak aku teringat zaman aku sekolah rendah dedulu.Tak salah aku time moero attack tengah dok hot tu aku darjah tiga kot. Gila habag angpa ngan cerita tu.Petang-petang bersilang kaki depan tv dok hadap benda alah tu. Time tu aku kena hati-hati supaya tak menimbulkan sebarang kemarahan pada tok & we aku.Kalau tak alamat terlepas la satu episod. Dulu kalau terlepas bukan macam la ni leh google aja cari. kalau la sesapa yang terbaca blog ni mungkin angpa pon terbuat benda-benda lagha cam aku seperti berikut akibat terlalu gilakan moero attack:

Monday, 27 April 2015

Pelayar Bulan

Salam GST semua..cuba amati lirik dibawah.. agak-agak hangpa tau dak lirik lagu apa..cer try teka.. :)

Maafku tak pernah berterus-terang.
Bukan ku tak mempercayaimu,
Namun sebelum ku berganti rupa..
Ingin aku menemuimu..
Ku kan bermandi cahaya bulan
Yg cemerlang di malam yg cerah..
Memang teLah lama kurasakan Ingin menolong yg lemah.. Tiba-Tiba keajaiban terjadi
Kekuatan muncul di diri
Untuk melawan semua kejahatan..
Kekuatanku harus digunakan
Menegakkan segala kebenaran
Ini keajaiban alam..
Aku mempercayainya
Ini keajaiban alam

Tuesday, 21 April 2015

Ikan Plastic Surgery

Assalamualaikum dan Salam GST… harini nak masak apa ek..selalu kita dok pikiag nak masak apa ekk….macam banyak sangat resepi yang kita tau..padahal masak kicap aja pon yang tau(yang ini aku). Kalau boleh semuanya nak dimasak kicap..ayam masak kicap..ikan masak kicap..daging masak kicap..kobis masak kicap..labu kicap..ikan masin masak kicap..haaaa amik kau semua nak dikicapkan.

Pernah tak angpa pi market nak beli ikan tapi nama ikan pon taktau..Aku pon confuse aku rasa macam aku kenal ikan kembung(termenung) tapi bila sampai market semua ikan aku nampak macam ikan kembung.. macam sama aja paras rupanya… mungkin ikan ikan ni gi buat plastic sugery cam artis korea.. semua sama aja muka sampai taktau nak beza… so harini aku mengoogle semua ikan yang selalu kita guna untuk masakan seharian..moh kita tengok moh

Ikan Kembung
Ciri-ciri:Ikan ni blah utara panggil ikan termenung..nak kata kembung sangat tak la. Saiz dia sedang-sedang aja...aku kalau nak beli ikan ni aku tekan perut dia..kalau lembik jangan ambik
Masakan yang sesuai : Gulai ikan kembung campuq kacang bendi..kalau nak masak kicap pon boleh aja :)

Ikan selar

Ciri-ciri: ikan ni seakan ikan kembung tapi dia chubby sikit dan kalau selar kuning akan Nampak warna kuning-kuning sikit kat bahagian atas belakang ikan tu
Masakan yang sesuai : Goreng cili dan masak kicap pon boleh aja :)


Ikan uji Rashid

Ciri-ciri: Ikan Uji Rashid ni aku taktau apa nam sebenag dia..rupa dia pon seangkatan ngan kembung dan selar.Bezanya hanya pada matanya. Mata dia besaq sikit dan kalau diamati lama-lama hangpa akan nampak Uji Rashid pada ikan tu. Ikan ni sejak zaman tok aku dah panggil dia ikan uji rashid
Masakan yang sesuai : Goreng sahaja atau hangpa boleh letak kicap sikit lepas goreng tu..campur bawang sikit..taraaaaaaa jadila ikan masak kicap :)




Ikan Selayang
Ciri-ciri : Ikan selayang ni dia kuruih dan panjang sikit..ikan ni yang orang dok buat ikan sardine tin tu tak salah aku..Ikan ni aku jarang beli..yang dah di tin kan pon jarang beli sebab semenjak GST ni ikan sardine pon dah jadi katogeri makanan orang kaya..gila mahal
Masakan yang sesuai: Masak kicap



 Tetiba aku rasa lapaq la..dah la kot 4 jenis ni.. boleh :)


Friday, 17 April 2015

Yesterday When I was Young


 
 
Aku first time dengag lagu ni dalam movie Once In Summer....tetiba tersentuh hati aku yang agak karat ini..cuba angpa hayati bait-bait lirik lagu tu..sangat bermakna..walaupon english aku SPM dulu 5..aku boleh tengok kamus huhuhuhuhu..


Yesterday when I was young
The taste of life was sweet as rain upon my tongue.
I teased at life as if it were a foolish game,
The way the evening breeze may tease a candle flame.
The thousand dreams I dreamed, the splendid things I planned
I always built alas on weak and shifting sand.
I lived by night and shunned the naked light of the day
And only now I see how the years ran away.


Yesterday when I was young
So many happy songs were waiting to be sung,
So many wayward pleasures lay in store for me
And so much pain my dazzled eyes refused to see.
I ran so fast that time and youth at last ran out,
I never stopped to think what life was all about
And every conversation I can now recall
Concerned itself with me and nothing else at all.


Yesterday the moon was blue
And every crazy day brought something new to do.
I used my magic age as if it were a wand
And never saw the waste and emptiness beyond.
The game of love I played with arrogance and pride
And every flame I lit too quickly quickly died.
The friends I made all seemed somehow to drift away
And only I am left on stage to end the play.
There are so many songs in me that won’t be sung,
I feel the bitter taste of tears upon my tongue.
The time has come for me to pay for
Yesterday when I was young…