Thursday, 26 November 2009

Kisah Qaisara

Hari ni dah hampir sebulan lebih aku cuti bersalin.Best ker cuti? Huh memang best sebab takyah pikir pasal kerja tapi tak best nya banyak benda yang aku amal kan time bujang dulu dah tak boleh di amalkan lagi sekarang.
23 Okt 09 – aku dah masuk wad kat putrajaya. Sebab masuk awai sebab aku ada kencing manis katanya.tarikh patut aku bersalin 24 Okt 09.Tapi sampai 26 Okt 09 pon aku masih tak rasa sakit nak bersalin. Doktor kata baby aku besar 3.6 kg bila kuar dari perut berat baby akan bertambah atau berkurang sebanyak 500g.So doctor kata kalau bersalin normal takut bahu baby sangkut.Dia suruh aku cuba normal dulu.Kalau tak berjaya depa nak bedah aku.Aku ok aja tapi bila sampai katil wad aku ubah fikiran.Aku pikir biar sakit sekali aja la.Kalau aku try normal dulu pastu operate lak aku dapat 2 kali sakit.Aku takboleh tamak..So aku cakap doctor aku tak jadi nak normal.Takpe belah la perutku.Aku rela…Tarikh depa bagi 26 okt.Ishhh bapak lambat lagi.Apa aku nak buat kat sepital ni dah la makanan tak sedap.Dok sorang-sorang..Surat habag metro tu bahagian iklan,sms,semua aku dah katam..Bapak bosan gila.
26 Okt 09- malam 25 okt aku dah start puasa.Esoknya aku harap sangat turn aku yang paling awai.Lapaq weh.Selagi tak operate lagi tu aku takleh makan.Bantainya depa bedah aku kul 8 malam ka..haa tak ka lembik aku tak makan..lebih dari puasa bulan ramadhan pulak.Dah boleh dapat 2 kali ganda pahala.Aku dah siap tandatangan surat kebenaran bedah ngan bius dah. Kul 1 lebih aja datang nurse amik aku nak bawak gi bius..Masuk bilik bedah semua pakaian ditanggal kan.Sebelum tu aku berdoa sangat jangan la ada doctor lelaki..ishhh malu ahh dong..mana aku mau taruk aku punya muka? Alhamdulillah sepanjang aku kat sepital tu semua kakitangan pompuan yang handle aku..dalam bilik bedah pon semua pompuan..Aku dibius separuh aja dari pinggang ke bawah..diorang masukkan tiub kencing apa semua dan mula la aku disiang..serius tak sakit langsung time diaorang tengah dok proses perut aku tu..rasa cam orang sentuh2 aja la..aku sedar tapi tak Nampak..depa lindung ngan kain..kalau nampak la kan haaaa mau mengelupuq ngilu.dalam 2.10 pm baby aku dikeluarkan dari perut.Terasa cam diorang keluarkan benda ala cam rasa kita berak la.keluarkan sesuatu dari dalam kita rasa kan huhuhuh..selesai aja rasa ngantuk gila..dan aku dibawak masuk ke wad balik dan bermula la hazab aku..
Sakitnya selepas bius tu makin hilang.Hazabnya yang amat..nak pusing kiri kanan pon rasa ya Allah..nak kencing camna? Ha kencing aja atas katil kan ada tiub dah dipasang..serius rasa cam kecing tilam time kecik2 dulu huhu.Datang 2 orang nurse nak cuci katanya..ditekannya perut aku yang baru dijahit tu katanya nak bagi darah kotor keluar..Ya Rabbi..gila takut terberetas..tau tekan camna, tekan cam nak buat cpr tu..bayangkan la..tido malam tu pon cam tak nyenyak.Manakan sakit..baby nak nyusu lagi..dalam jam 5 pagi ada 2 orang nurse datang lagi cabut tiub..ehh camna aku nak kencing? Nak bangun pon aku tak mampu manakan jalan gi toilet..”Fiza tahan sikit yer.saya nak cabut tiub kencing ni..lepas ni nak kencing bawak2 jalan pelan2 gi toilet yer..”kata sorang nurse kat aku yang terpinga2 menahan ngantuk..Jalan la aku dengan tahap kelajuan 1 inci sesaat.Siput babi lagi laju…Gilaaaaaaaaaaaaa ….Sakittttttt…
Esoknya tahap kelajuan aku dah bertambah..aku pon dok praktis bangun duduk..28 okt aku dah boleh jalan cam biasa tapi masih slow..dah leh keluar wad pon.yang peliknya hazab kat wad aku tak nangis..balik umah malam time tido aku nangis bukan sebab sakit kat tempat bedah..sakit bahu yang amat sangat..jauh kan perut ngan bahu..tension ngan baby lagi..takleh tido..patut la era fazira bengang juga time lahirkan anak dia tu..betul orang kata dah ada baby kena banyak sabar..tido takleh cam time bujang dulu..aku baru sorang ni pon dah rasa macam cukup la sorang anak aku..aku terbayang camna la mak aku leh handle 8 orang adik beradik kami..tabah betul mak aku..baru la kita rasa pengorbanan mak kita selama ni.lelaki mungkin tak rasa..tapi cuba la selami dan bayangkan diri anda sebagai perempuan..”Abang 3 atau 5 tahun lagi baru dapat adik Qaisara ek..Takpon cukup la Qaisara aja”kata aku berulang kali kat suami aku..tapi kalau tuhan dah bagi rezki..aku tak tolak :)
Nin dia budak yang ada dalam perut aku suatu ketika dulu Sayang Qaisara

No comments:

Post a Comment