Salam GST dari ahmad maslan..takpa biar abang maslan gumbira kita menderita(tetiba)..hari ni tertiba aku terasa nak cerita pasal kebersihan rumah..entahla apa penyakit aku ngan laki aku sekarang ni memang tak boleh tengok rumah bersepah..aku ok lagi..belum kritikal.laki aku sampai satu tahap nak betulkan frame senget kat rumah orang haaa boleh? So harini aku nak berkongsi perkara-perkara yang tak patut buat dalam rumah untuk make sure rumah hangpa bersih..biar tak mewah takpa asal bersih dan kemas.:)
1. Gantung baju merata-rata
Aku letak perkara ni yang no 1. Sebab aku memang pantang tengok baju bergantung di tempat yang tak sepatutnya. Contoh gangtung dekat langsir..kalau boleh sepanjang-panjang langsir tu hangpa nak gantung baju..dah sampai tahap baju tu jadi langsir rumah..gila. Mana nampak paku aja nak gantung tuala la, jeans la, sepentot la.Solution dia angpa cari aja pelbagai jenis penyangkut..kat kedai rm2 ngan DIY pon ada..tetapkan satu sudut aja untuk gantung baju..jangan banyak sangat.